Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

24 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa 23 April 2019, telah diadakan satu Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Program Jom Baca ini merupakan program tahunan anjuran Perustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi dengan kerjasama PKD Seri Mahkota dan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program jom baca untuk 10 minit ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat membaca. Konsep program jom baca ini diilhamkan daripada program Earth Hour di mana dalam program ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan masyarakat dan generasi yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran tinggi. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara turut menjalankan program advokasi dengan memberikan penerangan klik dengan bijak, mobile e-waste serta check your label. Program advokasi ini dijalankan dengan tujuan memberikan penerangan dan panduan kepada komuniti tentang cara dan penggunaan internet yang selamat. Di samping itu, check your label pula menerangakan tentang cara untuk memastikan telefon pintar dan alatan elektronik yang kita gunakan mempunyai label MCMC agar alatan elektronik tersebut selamat untuk digunakan. Oleh itu, dengan adanya program ini akan memberikan kesedaran kepada komuniti tentang cara yang selamat untuk melayari internet.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali